Rabu, 24 Rabiulawal 1439 / 14 Disember 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PENGERUSI MAIS RASMIKAN MAJLIS PENTAULIAHAN PEGUAM SYARIE NEGERI SELANGOR 2017

SHAH ALAM 21 Nov   –  Peguam Syarie yang dilantik perlu membangunkan institusi perundangan di Selangor dengan bijaksana.

Menurut Pengerusi MAIS, YAD. Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Peguam Syarie yang dilantik kini mempunyai tanggungjawab besar untuk membantu masyarakat mendapatkan keadilan sewajarnya.

‘Suka saya mengingatkan peguam syarie yang dilantik, dapat membantu mahkamah menegakkan keadilan serta mewakili klien masing-masing dengan penuh amanah dan beretika.

‘Difahamkan dalam tempoh terdekat ini, peguam-peguam syarie yang dilantik, perlu wajib menghadiri Kursus Etika Peguam Syarie anjuran Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor dengan kerjasama Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama perasmian Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Selangor  2017 di Dewan Muktamar, Bangunan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).

Seramai 29 orang menerima pentauliahan rasmi selaku Peguam Syarie Negeri Selangor selepas Pengajian Diploma Pentadbiran Kehakiman dan Guaman Islam, serta latihan dalam kamar sembilan bulan serta penyelia beramal lebih tujuh tahun.