Khamis, 6 Zulkaedah 1439 / 19 Julai 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SAMBUTAN HARI OKU BERSAMA NGO-I MAIS PERINGKAT NEGERI SELANGOR 2017

SHAH ALAM 1 Disember – Sambutan Hari OKU Bersama NGO-i MAIS Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di ruang legar Masjid Negeri anjuran bersama Bahagian Pembangunan Ummah MAIS dan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) di bawah MAIS.

Majlis ini dirasmikan oleh YAD Dato' Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS.

Turut hadir SS Dato' Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Dato’ Mufti Selangor, YDH CP (B) Dato' Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan Ahli MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) MAIS dan Prof Dato’ Dr Ab Halim Tamuri, Rektor KUIS.

Tahniah kepada NGO-I dibawah MAIS seperti Yayasan Faqeh, Arisma, Prisma & Pepias kerana menjayakan majlis ini.

Program ini turut membawakan forum ‘OKU: kiriman dari syurga’ dan Jom Dhuha serta tazkirah khas daripada Dr. Mohd Farid Ravi Abdullah, Pensyarah Kanan Fakulti Pengajian Islam, KUIS.