Khamis, 6 Zulkaedah 1439 / 19 Julai 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KARNIVAL SUKAN MAIS DAN ANAK SYARIKAT (KASUMAS) DISAMBUT MERIAH

SHAH ALAM  2 Disember – Karnival Sukan MAIS (KASUMAS) 2017 merupakan program sukan tahunan MAIS yang keenam dan mula dilaksanakan pada tahun 2009 serta dihoskan secara bergilir-gilir antara MAIS dan anak syarikat.

Pada tahun ini, Majlis Agama Islam Selangor telah dilantik sebagai penganjur tuan rumah dan turut dimeriahkan dengan penglibatan agensi Islam di Selangor iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS).

Selain itu, turut memeriahkan KASUMAS 2017 adalah anak syarikat MAIS iaitu antaranya Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS) dan BAKTI SUCI Holdings.

Program yang diadakan setiap tahun  ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara semua pegawai agensi Islam disamping menggalakkan daya saing yang sihat serta memberi peluang dan ruang kepada semua warga MAIS, JAIS, JAKESS dan Anak Syarikat untuk berjumpa serta mengenali antara satu sama lain dan seterusnya membina persefahaman dan semangat kerjasama berpasukan.

Sebanyak  12 acara sukan yang dipertandingkan antaranya ialah sukan bola sepak, bola jaring, bola tampar, sepak takraw, badminton, ping pong, futsal dan pelbagai acara sukan yang lain.

Johan keseluruhan telah dimenangi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), tempat kedua disandang oleh Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) manakala tempat ketiga oleh Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohamad Adzib bin Mohd Isa, Pengerusi MAIS diiringi oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan Ketua-Ketua Anak Syarikat.