Khamis, 6 Zulkaedah 1439 / 19 Julai 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PROGRAM SYURA PENDAKWAH SAUDARA MUSLIM ORANG ASLI

KLANG 3 Disember – Program Syura Pendakwah Saudara Muslim Orang Asli Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 telah diadakan di Hotel Alya anjuran kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pertubuhan Muallaf Malaysia.

Program yang disertai seramai 32 orang pendakwah orang asli seluruh Malaysia  ini merupakan program bagi menghimpun pendakwah-pendakwah saudara muslim seluruh Malaysia untuk berkongsi pengalaman dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat orang asli. 

Program ini melibatkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), PERKIM negeri Selangor, Pertubuhan Muallaf Malaysia, Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Orang Asli Selangor (PKPI) dan Pendakwah-Pendakwah Orang Asli. 

Perasmian Penutup Program adalah Tuan Haji Mohd Shahzihan bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS Merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Penyelarasan Program Jalinan Kasih Orang Asli Negeri Selangor.