Rabu, 16 Jamadilawal 1440 / 23 Januari 2019

Berita

KURSUS TRAINING FOR TRAINERS (TOT) MODUL ISTITABAH MAIS

SARAWAK 4 Disember -  Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menjemput Ahli Jawatankuasa Modul Istitabah Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) untuk mengadakan Kursus Training of Trainer (TOT) secara kerjasama dengan Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bertempat di Hotel Grand Margharetta, Kuching.

Kursus yang diadakan pada 2 Disember sehingga 4 Disember ini bertujuan memberi pendedahan dan berkongsi kepakaran berkaitan Modul Istitabah yang telah digubal dan dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selain berkongsi pengalaman pengurusan hal ehwal Islam di Selangor dan Sarawak.

Antara pembentang dalam kursus ini adalah Dr.Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS dengan tajuk ‘Pengenalan Modul Istitabah & Pengalaman MAIS” dan Ustaz Izhar bin Ismail, Penguasa Baitul Iman, dengan tajuk ‘Instrumen Pengukuran Keparahan Akidah’.