Khamis, 6 Zulkaedah 1439 / 19 Julai 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

44 NGO ISLAM MAIS GESA POLIS DAN SKMM AMBIL TINDAKAN

SHAH ALAM 27 Disember – Lebih 40 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-I) di bawah MAIS menggesa Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bertindak tegas terhadap penulis blog ‘steadyaku47’ yang didakwa mengkritik dan memfitnah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Antara 44 NGO Islam itu adalah Persatuan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), persatuan Ulama’ Malaysia,  Persatuan Ahli Falak Selangor, Muslim Care Malaysia Society, Persatuan Halaqah Al-Quran Selangor, persatuan Ahli Falak Selangor, Pertubuhan Mawaddah, Yayasan ikhlas dan Persatuan Belia Masjid Selangor.

Jurucakap kumpulan NGO itu, Encik Nik Mohd Yusoff Nik Ismail berkata, kritikan penulis blog terbabit menerusi artikal bertajuk ‘WTF does thi Idris of Selangor thinks he is doing’ yang disiarkan pada 13 Disember lalu itu dilakukan dalam bahasa tidak beradab malah disifatkan sebagai budaya dan cara fikir yang terkeluar daripada tatasusila bangsa.

Carian mendapati laman blog berkenaan telah pun disekat dengan makluman bahawa laman sesawang itu tidak dapat diakses di Malaysia kerana kandungannya melanggar undang-undang negara.