Selasa, 9 Zulhijjah 1439 / 21 Ogos 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PERUTUSAN PENGERUSI MAIS SEMPENA TAHUN 2018

SHAH ALAM 11 Januari  – Seramai 300 orang pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) termasuk wakil Agensi Agama Islam Negeri Selangor dan Anak Syarikat MAIS telah hadir ke Dewan Muktamar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) bagi mengikuti Majlis Perutusan Pengerusi MAIS sempena Tahun Baru 2018M/1439H yang dikelolakan oleh Bahagian Perhubungan Korporat MAIS.

Majlis Perutusan Pengerusi MAIS ini diadakan setiap setahun kepada semua pegawai MAIS, Agensi Agama Islam Selangor dan Anak Syarikat MAIS untuk mendapatkan suntikan semangat dan azam yang baru bagi mencapai kecemerlangan dalam memajukan ekonomi serta kesejahteraan sosial masyarakat Islam di Negeri Selangor.

Majlis yang bermula pada sebelah pagi dimulakan dengan bacaan doa dan seterusnya majlis disempurnakan dengan Perutusan Pengerusi MAIS oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi Pengerusi MAIS. Dalam ucapannya, Pengerusi MAIS menegaskan kepada semua warga kerja MAIS, Agensi Islam seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) dan Jabatan Mufti Selangor serta Anak Syarikat MAIS antaranya adalah Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) perlu meningkatkan kualiti sistem pengurusan bagi pencapaian objektif di setiap organisasi.

Majlis yang penuh bermakna ini turut dihadiri oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, YBhg. Dato’ Haji Haris bin Kasim, Pengarah JAIS, YAA Tuan Mohd Adib bin Hussin, Ketua Hakim Syarie Selangor dan YBhg. Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.

Sementara itu, pada majlis yang sama turut diadakan Majlis Penyampaian Sijil Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Daerah kepada Orang-orang Besar Daerah dan Penyampaian Sijil Syariah MS 1900:2014.