Khamis, 9 Ramadan 1439 / 24 Mei 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KUNJUNGAN MUHIBBAH UNIT PEMBAHAGIAN PUSAKA, JKPTG KE MAIS

SHAH ALAM 19 Januari  –  Seramai 8 orang pegawai daripada Unit Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan) Negeri Selangor (JKPTG) telah mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertempat di Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah.

Lawatan diketuai oleh Encik Saifuldin bin Aziz @ Abdul Aziz, Ketua Penolong Pengarah JKPTG Negeri Selangor bertujuan memperkukuhkan jalinan kerjasama yang sedia terjalin dan perbincangan berkaitan peranan MAIS membantu JKPTG dalam hal berkaitan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka umat Islam khususnya di negeri Selangor.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Turut hadir Puan Norzaihan bt Mohd Zain, Pengarah Baitulmal dan Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengurus Bahagian Baitulmal MAIS. Pelbagai persoalan dan buah fikiran dilontarkan sepanjang sesi perbincangan diadakan dan diharapkan perjumpaan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan JKPTG.