Selasa, 9 Zulhijjah 1439 / 21 Ogos 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PROGRAM JALINAN KASIH ORANG ASLI PERINGKAT NEGERI SELANGOR

BUKIT LANJAN 20 Januari  – Program Jalinan Kasih Orang Asli Peringkat Negeri Selangor anjuran bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Islam Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Persatuan Kebajikan dan Pengurusan Islam Negeri Selangor (PKPI) telah diadakan di Desa Temuan, Damansara Perdana.

Program yang diadakan selama sehari ini bertujuan beramah mesra dengan penduduk orang asli sekitar Bukit Lanjan selain mengeratkan hubungan silaturahim antara orang asli (saudara baru) dengan keluarga mereka yang belum memasuki Islam.

Selain itu, penganjuran program ini dapat mengeratkan hubungan baik dan merapatkan jurang perbezaan dalam kepelbagaian fahaman agama, adat, kepercayaan, bangsa dan budaya khasnya masyarakat orang asli di negeri Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program diadakan antaranya adalah Pertandingan Surau Terbaik, Pertandingan Nasyid, Pertandingan Bola Sepak Lima Sebelah, Aktiviti Sukaneka, Pertandingan Mewarna, Pemeriksaan Kesihatan, Pendaftaran Sijil Kelahiran  dan Pameran daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Bosari bin Umar, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).Turut hadir ke program tersebut adalah YDH Dato; Haji Emran bin Kadir Orang Besar Daerah Petaling, Dr. Ahmad Shahir bin Makhtar Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, SUPT. Zulkifli bin Hj Daud Ketua Polis Daerah Petaling, Ustaz Razali bin Hassanusi Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dan Tuan Haji Abdul Basith bin Abd. Hamid Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Zakat Selangor