Jumaat, 8 Syawal 1439 / 22 Jun 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PUSAT PENGURUSAN PENGETAHUAN MAIS SUMBANG BUKU KEPADA SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA MUDA, SEKSYEN 4, SHAH ALAM

SHAH ALAM 22 Februari  – Pusat Pengurusan Pengetahuan, Sektor Penyelidikan MAIS telah menyumbangkan sebanyak 141 buah buku berbentuk bacaan ilmiah kepada Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4 baru-baru ini.

Sumbangan buku disampaikan oleh Encik Mohd Zharip bin Maarop, Eksekutif Pusat Pengurusan Pengetahuan MAIS kepada Puan Noor Nisriah bt Ibrahim Naib Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Raja Muda, Seksyen 4.

Sumbangan buku ini adalah hasil dari sumbangan orang ramai melalui “Program Wakaf Buku Perpustakaan Wakaf” yang telah dilancarkan oleh Setiausaha MAIS pada 23 April 2013. Program ini telah berjalan sepanjang tahun dalam mengumpulkan sebanyak mungkin bahan-bahan bacaan sumbangan orang ramai yang bermanfaat kepada masyarakat. 

Sumbangan buku-buku ini juga diharap dapat membantu pihak sekolah dalam menyediakan bahan-bahan bacaan kepada pelajar-pelajar serta dapat dikongsi untuk manfaat semua.