Isnin, 8 Rabiulakhir 1440 / 17 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SEMINAR MAHASISWA MELAWAN EKSTREMISME PERINGKAT NEGERI SELANGOR

GOMBAK 24 Februari - Seminar Mahasiswa Melawan Ekstremisme Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2018 telah diadakan di Experimental Hall, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Seminar tersebut anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Persatuan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan yang berdaftar dengan MAIS iaitu PEPIAS, ABIM dan PKPIM. Turut memberi sumbangan iaitu Lembaga Zakat Selangor, Polis Diraja Malaysia dan UIAM. 

Objektif seminar tersebut adalah memberi kefahaman dan kesedaran kepada pimpinan pelajar pengajian tinggi di Negeri Selangor akan isu dan cabaran ancaman keselamatan Negara serta menerangkan bahaya fahaman esktremisme dalam agama dan ancamannya pada kehamonian Negara.

Barisan panel seminar terdiri daripada YBhg. Abdul Halem Hafiz bin Salihin, Ketua Penolong Mufti Selangor, YBhg. Dato’ Ayuub Khan bin Mydin Pitchay Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism, Cawangan Khas dan YBhg. Thomas Koruth Samuel Director of the Research and Publications Division with the Southeast Asia Regional Centre for Counter Terrorism.

Seminar tersebut telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Pahlawan CP (B) Mohd Shukri bin Dahlan, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan. Seminar tersebut telah dihadiri lebih daripada 150 orang melibatkan mahasiswa-mahasiswa dan lain-lain.