Rabu, 8 Muharram 1440 / 20 September 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KONVENSYEN AHLI SUNNAH WAL JAMAAH PERINGKAT NEGERI SELANGOR

BANGI 27 Februari - Konvensyen Ahli Sunnah Wal Jamaah Peringkat Negeri Selangor "Ahli Sunnah Wal Jamaah: Mendepani Isu-Isu Khilafiah" telah diadakan bertempat di Auditorium Dr Zainuddin Jaafar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Konvensyen tersebut dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor dan KUIS. 

Objektif konvensyen tersebut adalah bagi memberi pendedahan dan kefahaman kepada masyarakat tentang akidah dan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang diamalkan di Malaysia. Selain itu, konvensyen ini juga membuktikan tentang istiqamahnya agensi agama dalam memberi penjelasan dan kefahaman kepada umat Islam mengenai ajaran Islam yang sebenar. 

Antara panel yang terlibat dalam konvensyen tersebut adalah YBhg. Dato' Hj. Mohd Mokhtar bin Hj Shafii Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dakwah MAIS, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Hamat Pensyarah Universiti Malaya, YBhg. Dr. Abdul Rahman bin Mahmood Pensyarah Jabatan Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Sahibus Samahah Dato' Dr. Anhar bin Opir Timbalan Mufti Selangor dan YBhg. Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni Pensyarah KUIS. 

Konvensyen tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Dr Yunus bin Hairi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi. Penglibatan peserta konvensyen seramai lebih 100 orang daripada pelbagai latar belakang agama Islam turut menyinari konvensyen tersebut. 

Resolusi konvensyen tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Basori bin Umar, Timbalan Pengarah JAIS.