Rabu, 8 Muharram 1440 / 20 September 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAIS AGIH SUMBANGAN KEPADA PESAKIT DIALISIS

BANTING 28 Februari   –  Bagi menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengagihkan sumbangan kepada pesakit dialisis Pusat Hemodialisis Felina anjuran bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pesakit-pesakit telah diberi sumbangan berbentuk hamper bertujuan meringankan bebanan yang ditanggung oleh pesakit serta menyuburkan budaya ziarah yang digalakkan dalam Islam yang kini semakin hari semakin dilupakan.

Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Ramli bin Sidom, Pegawai Tadbir Agama Kuala Langat dan Cik Nur Fatin bt Amiruddin, Penolong Pengurus MAIS Daerah.