Jumaat, 8 Syawal 1439 / 22 Jun 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PROGRAM RAMAH MESRA SAMBUTAN TAHUN BARU CINA, SURAU SAUJANA IMPIAN

KAJANG 4 Mac -  Program Ramah Mesra Sambutan Tahun Baru Cina Tahun 2018 dengan bertemakan "MENUJU KE ARAH KOMUNITI HARMONI" telah diadakan di Surau Saujana Impian anjuran bersama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan beberapa NGO Islam iaitu MACMA dan PERKIM.

Antara pengisian program adalah persembahan gendang cina, persembahan yoyo cina, persembahan orkestra, pertandingan kaligrafi cina, pameran kaunter dan lain-lain aktiviti.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah JAIS, SS Dato' Haris bin Kasim dan majlis ini dirasmikan oleh Orang Besar Daerah Hulu Langat, YDH Dato' Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, To' Engku Abdul Jalil bin Abdul Rani.