Rabu, 8 Muharram 1440 / 20 September 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PROGRAM ‘MAHABBAH WALK 2018’ ANJURAN YAYASAN ISLAM DARUL EHSAN (YIDE)

Shah Alam 25 Mac  -  Larian amal ‘Mahabbah Walk 2018’ anjuran Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE), anak syarikat MAIS yang bertemakan ‘Gaya Hidup Sihat’ telah diadakan di Taman Botani Negara, Shah Alam dengan penglibatan seramai 600 orang peserta. Program ini turut dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor. Pelepasan Larian Mahabbah Walk 2018 telah disempurnakan oleh YAD Dato’ Setia Muhammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS.

Porgram ini diadakan sebagai salah satu usaha dalam memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa pentingnya menjaga buah pinggang bersempena dengan sambutan hari buah pinggang sedunia yang disambut setiap kali bulan Mac.

Peserta terdiri daripada orang awam dan juga kakitangan daripada agensi-agensi agama dan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Negeri Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS), Bakti Suci Holdings Sdn. Bhd (BSHSB) serta agensi-agensi korporat. Turut hadir dalam program tersebut ialah Orang Kelainan Upaya (OKU), Muallaf dan rumah anak-anak yatim bagi memeriahkan lagi program ini.

Dalam program tersebut, YIDE telah menerima sumbangan daripada Worldwide Holdings Berhad, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Suasa Efektif (M) Sdn. Bhd. dan KPJ Tawakkal Specialist Hospital. Hasil daripada penajaan dan yuran, YIDE berjaya mengumpulkan sebanyak RM 45,000.00 dan akan terus disalurkan ke Pusat Dialisis MAIS bagi membiayai pembelian mesin-mesin hemodialisis bagi menggantikan mesin yang lama.

Mahabbah Walk 2018 turut diserikan kehadiran pemain bola sepak pasukan PKNS FC iaitu Safee Sali dengan rakan sepasukannya yang lain. Turut hadir sama dalam program ini adalah YDH Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Petaling, Orang Besar Daerah Petaling, YBhg. Dato Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YIDE.