Isnin, 8 Rabiulakhir 1440 / 17 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PERSIDANGAN PENDAFTAR-PENDAFTAR MUALLAF DAN PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN MAIS

SHAH ALAM – Satu Majlis Persidangan Pendaftar-Pendaftar Muallaf dan Pusat Pengurusan Pengislaman MAIS telah diadakan pada 27 Mac 2018 di Geno Hotel, Shah Alam. Majlis tersebut telah disempurnakan perasmian oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS.  

Majlis tersebut juga telah dihadiri lebih daripada 30 orang peserta terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf, Pendaftaran Muallaf Daerah, wakil Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi), wakil Pengurusan Masjid. Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg. Dr. Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf merangkap Anggota MAIS bersama Dr. Haji Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Program ini bertujuan untuk menggalakan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di dalam Negeri Selangor. Sektor Pembangunan Sosial yang menguruskan Pengurusan Muallaf adalah merupakan salah satu daripada menjalankan kewajipan MAIS.

Majlis tersebut juga mengharapkan supaya pendaftar-pendaftar yang dilantik MAIS bertanggungjawab membimbing, menjaga kebajikan dan mengambil tahu hal saudara mualaf di Negeri Selangor.