Isnin, 8 Rabiulakhir 1440 / 17 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAJLIS PENYERAHAN RESOLUSI KONVENSYEN KELUARGA ISLAM SELANGOR

SHAH ALAM  30 Mac  -  Majlis Penyerahan Resolusi Konvensyen Keluarga Islam Selangor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pateh Akhir, Bangunan Sultan Idris Shah.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk menyerahkan hasil resolusi Konvensyen Keluarga Islam Selangor yang telah diadakan pada Disember tahun lalu anjuran MAIS dengan kerjasama Bahagian Dakwah JAIS dan Gabungan NGO-I Kluster Dakwah Muslim & Non Muslim.

Penyerahan Resolusi ini telah disampaikan oleh Saudara Ahmad Loqman Izzat bin Mat Pozi, Wakil Sekretariat Konvensyen Keluarga Islam Selangor kepada YDH CP (B) Dato’ Pahlawan Mohd Shukri bin Dahlan, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan.

Antara resolusi yang terkandung dalam Konvensyen Keluarga Islam Selangor ini adalah ‘Agensi Agama Islam di negeri ini dapat mengemaskini dan memantapkan program berkaitan ilmu pembinaan rumahtangga yang sakinah dan mawaddah terutama perkara yang menepati kehidupan dalam zaman mutakhir ini’ selain ‘Program ilmu sebelum dan selepas perkahwinan perlu diperkasakan dengan memasukkan elemen penting seperti pendidikan agama, pengurusan kewangan dan kesihatan’.