Khamis, 6 Zulkaedah 1439 / 19 Julai 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PROGRAM PERALIHAN DATA PUSAT PENGETAHUAN MAIS BERSAMA PELAJAR UNISEL

SHAH ALAM 30 Mac  – Program Peralihan Data Pusat Pengetahuan MAIS telah diilhamkan oleh pensyarah dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial dengan gabungan daripada kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Perpustakaan (Kepujian) dan Diploma Sains dan Perpustakaan, UNISEL yang bertujuan mendedahkan para pelajar kepada dunia sebenar pengurusan perpustakaan dengan mengaplikasikan teori MARC 21 yang dipelajari ke dalam sistem perpustakaan iaitu V Lib Pro.

Program ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 29 dan 30 Mac 2018 yang melibatkan    16 orang pelajar UNISEL termasuk seorang pensyarah iaitu Puan Fadliah Binti Darini. Program peralihan data ini bermula daripada proses awalan iaitu mengkatalog buku secara manual, mengimbas dan menyunting gambar buku, mengkatalog ke dalam sistem (Sistem V-Lib) sehingga menyusun buku di atas rak mengikut nombor panggilan buku tersebut.

Program ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi pegawai-pegawai Pusat Pengetahuan MAIS disamping perkongsian ilmu pengetahuan yang baru bersama pensyarah dan para pelajar UNISEL dalam program tersebut.