Khamis, 6 Zulkaedah 1439 / 19 Julai 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

HARI KELUARGA KELAB SUKAN KEBAJIKAN (KSK) MAIS 2018 DISAMBUT MERIAH

SHAH ALAM 31 Mac – Hari Keluarga Kelab Sukan Kebajikan (KSK) MAIS 2018 disambut meriah dengan kehadiran pegawai dan ahli keluarga pegawai MAIS seramai 200 orang yang telah diadakan di Taman Botani baru-baru ini.

Program ini bertujuan mengeratkan silaturrahim sesama pegawai MAIS serta mengukuhkan hubungan kekeluargaan bersama ahli keluarga pegawai dan anak-anak di samping memupuk semangat berpasukan dan setiakawan.

Pelbagai aktiviti menarik yang telah diatur oleh Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan Kebajikan (KSK) MAIS antaranya ialah acara sukan, persembahan silap mata, cabutan bertuah dan acara makan durian beramai-ramai. 

Program ini dirasmikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Turut hadir memeriahkan adalah Pengarah-Pengarah MAIS.

Kelab Sukan Kebajikan (KSK) MAIS telah ditubuhkan pada 16 Ogos 2006. Keahliannya terdiri daripada semua pegawai MAIS yang dikenakan yuran keahlian mengikut Kumpulan Pengurusan Tertinggi , Kumpulan Pengurusan, Kumpulan Eksekutif dan Kumpulan Sokongan.