Rabu, 8 Muharram 1440 / 20 September 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

JAWATANKUASA UNDANG-UNDANG MAJLIS PENASIHAT WANITA SABAH (MPWS) LAWAT PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN MAIS

SABAK BERNAM 2 April  –  Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan MAIS telah dikunjungi oleh delegasi daripada Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS).

Delegasi lawatan diketuai oleh Hajah Masnah bt Mat Salleh, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah.

Lawatan selama setengah hari disambut baik oleh Ustaz Mohd Makhi bin Adnan Pengurus Baitul Ehsan dan Ustaz Izhar bin Ismail Pengurus Baitul Iman serta beberapa pegawai MAIS yang lain.

Tujuan lawatan adalah untuk mendapatkan maklumat berhubung operasi dan penubuhan Baitul Ehsan terutama melibatkan proses penubuhan, kaedah pewartaan, khidmat kaunseling dan aktiviti yang dijalankan. Di samping itu juga para delegasi dapat mengenali dengan lebih dekat lagi fungsi-fungsi Baitul Ehsan dan peranannya dalam menangani masalah sosial,keruntuhan moral dan akidah di kalangan remaja dan belia Islam yang kini semakin membimbangkan. 

Program berakhir dengan lawatan sekitar Baitul Ehsan dan lawatan pameran jahitan pelatih pusat ini.