Khamis, 9 Ramadan 1439 / 24 Mei 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAIS RAI PEGAWAI DALAM MAJLIS APRESIASI MAIS 2018

SHAH ALAM 27 April  – Seramai 24 pegawai MAIS diraikan dalam Majlis Apresiasi MAIS 2018 yang diadakan di Hotel Concorde sebagai tanda penghargaan dan terima kasih MAIS atas pencapaian cemerlang bagi tahun 2017.

Majlis Apresiasi MAIS merupakan tanda pengiktirafan dan penghargaan MAIS kepada pegawai MAIS yang telah menghasilkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang di samping memenuhi keperluan stakeholder dan golongan sasaran.

Antara Anugerah kepada pegawai MAIS yang layak adalah Anugerah Perkhidmatan 15 Tahun; Anugerah Pegawai Cemerlang Keseluruhan Tahun 2017; Anugerah Pegawai Cemerlang Sektor; Anugerah Kumpulan Inovatif Dan Kreatif; Anugerah Persaraan dan Sumbangan-sumbangan kepada pegawai yang layak.

Penerima anugerah menerima hadiah berupa sijil serta wang tunai yang disampaikan oleh YAD Dato’ Setia Pengerusi MAIS diiringi oleh Setiausaha MAIS.

Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah, semoga dengan penghargaan kepada pegawai terbabit akan menambah motivasi kepada pegawai MAIS yang lain untuk memberikan prestasi yang cemerlang pada masa hadapan di samping merealisasikan matlamat menjadikan MAIS sebagai sebuah institusi agama yang cemerlang dan dihormati.