Khamis, 9 Ramadan 1439 / 24 Mei 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

BAITUL EHSAN TERIMA KUNJUNGAN PUSAT PERLINDUNGAN WANITA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR

SABAK BERNAM 3 Mei -  Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah menerima kunjungan Pusat Perlindungan Wanita Majlis Agama Islam Negeri Johor diketuai oleh Puan Hajjah Khasanah binti Sufaat, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan, Majlis Agama Islam Negeri Johor.

Kunjungan ini disambut mesra oleh Ustazah Hafizatul Akmal binti Abd Jalil, Pengurus Pemulihan Riqab bersama Ustaz Makhi bin Adnan selaku Penguasa Baitul Ehsan.

Lawatan selama setengah hari ini bertujuan mendapatkan maklumat berhubung operasi keseluruhan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan serta prosedur-prosedur yang berkaitan dalam mentadbir urus sesebuah pusat perlindungan. Program berakhir dengan lawatan  di sekitar Baitul Ehsan.