Khamis, 9 Ramadan 1439 / 24 Mei 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

LAWATAN BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT MAIS KE PEJABAT DEWAN NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM  3 Mei – Bahagian Perhubungan Korporat, Sektor Pengurusan Korporat MAIS telah mengadakan lawatan ke Pejabat Dewan Negeri Selangor diketuai oleh Puan Rohana Bt Hassan, Pengarah Pengurusan Korporat MAIS.

Lawatan ini disambut baik oleh Encik Mohd Khairul Ashraf Bin Radzali, Setiausaha Bahagian Dewan & Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Tujuan lawatan adalah beramah mesra serta bertukar pandangan dan maklumat berhubung pengurusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN), di samping menimba pengalaman dalam melaksanakan sistem pengurusan mesyuarat yang berkualiti dan berintegriti.

Lawatan ini mengambil masa setengah hari didapati telah memberi impak yang positif kepada semua pegawai Bahagian Perhubungan Korporat MAIS dalam melaksanakan tugasan terutama dalam menguruskan Mesyuarat MAIS di bawah Unit Keurusetiaan, Bahagian Perhubungan Korporat.