Jumaat, 8 Syawal 1439 / 22 Jun 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

RAJA MUDA SELANGOR SAMPAI SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM

MELAKA 17 Mei  - Raja Muda Selangor,  Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 60 penerima Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSS), Tanjung Kling.

Sumbangan ini daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan peruntukan sebanyak RM18,000 bagi bantuan yang memasuki tahun keempat yang sebelum ini disalurkan oleh MAIS.

YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS berkata, YIDE turut memperuntukkan RM900,000 setiap tahun bagi menjayakan program bersama anak yatim di Selangor dan RAYSAAS.

“Ini adalah program tahunan dan amalan tradisi mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menyerahkan sumbangan anak yatim di sini.

“Sumbangan RM300 setiap seorang diharap menceriakan mereka sepanjang menyambut Ramadhan dan seterusnya Hari Raya Aidilfitri, ‘’ katanya di sini, hari ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah SS Dr. Anhar Opir, Timbalan Mufti Selangor, Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan Pengurus RAYSAAS Puan Maznah binti Abdol.