Rabu, 16 Jamadilawal 1440 / 23 Januari 2019

Berita

MAJLIS PERASMIAN IHYA’ RAMADHAN KELAB SUKAN KEBAJIKAN MAIS 2018

SHAH ALAM 18 Mei  -  Seperti tahun-tahun sebelum ini, MAIS tidak ketinggalan mengadakan program bagi mengimarahkan ketibaan bulan Ramadan yang diadakan di Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah.

Pelbagai program sepanjang bulan Ramadhan telah dirancang oleh MAIS melalui Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MAIS antaranya ialah Tadarus Al-Quran, Kuliah Tafakkuh Fiddin, Kacau Bubur lambuk, Iftar Perdana, Tahlil Perdana, Pertandingan Video Pendek Syawal dan Majlis Penutupan Ihya’ Ramadhan.

Program Ihya’ Ramadhan Kelab Sukan Dan Kebajikan MAIS dirasmikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Turut hadir dalam majlis perasmian adalah Pengarah-Pengarah MAIS, Pengurus, Penolong Pengurus dan Pegawai-pegawai MAIS.