Jumaat, 8 Syawal 1439 / 22 Jun 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SULTAN SELANGOR BERKENAN BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DI MASJID NEGERI

SHAH ALAM 18 Mei  -  Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah.

Baginda diiringi oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan sumbangan zakat sempena menyambut Ramadhan dan Syawal kepada 441 individu yang terdiri dari asnaf fakir dan miskin serta muallaf dengan setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500.

Baginda juga turut berkenan menerima sumbangan zakat bernilai RM14.3 juta bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) daripada empat syarikat antaranya ialah Tenaga Nasional Berhad, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), UMW Holdings Berhad dan Kumpulan Worldwide Holdings Berhad.

Sementara itu, YAD. Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dalam ucapannya berkata, LZS mengagihkan RM35.1 juta bantuan zakat untuk keluarga asnaf fakir, miskin dan muallaf di seluruh Selangor sempena Ramadhan ini.

“Daripada jumlah itu, RM9.5 juta diagihkan kepada 12,528 keluarga asnaf fakir, RM23.4 juta kepada 31,718 keluarga asnaf miskin dan RM2.1 juta kepada 5,777 penerima asnaf muallaf”.