Jumaat, 8 Syawal 1439 / 22 Jun 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SULTAN SELANGOR RASMI MASJID RM9.5 JUTA

SUNGAI BESAR 22  Mei  -  Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Di Masjid Taman Padu Permai.

Baginda diiringi oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Pada majlis itu, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan hari raya berjumlah RM219,000 kepada  438 penerima yang terdiri di kalangan asnaf fakir, miskin dan muallaf dengan setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500.

Dalam pada itu, Baginda turut merasmikan Masjid Taman Padu Permai yang menelan belanja RM9.5 juta dan mampu memuatkan kira-kira 1500 jemaah .

Masjid itu, mula beroperasi pada 7 Mac tahun lalu, dan menjadi masjid yang ke 43 dibina di daerah berkenaan.

Turut hadir, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.