Jumaat, 8 Syawal 1439 / 22 Jun 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SULTAN SELANGOR BERKENAN RASMI MASJID SUNGAI TERAP

TANJUNG KARANG 23 Mei - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Terap

Dalam majlis yang sama, DYMM Sultan Selangor turut merasmikan Masjid Sungai Terap yang dibina sejak 1985 itu dan mampu memuatkan kira-kira 700 jemaah.

Masjid yang dibina dalam kawasan seluas 1.2 hektar ini mempunyai prasarana yang lebih selesa selepas diubahsuai dan ditambahbaik pada tahun 2016 yang lalu.

Baginda yang hadir bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 410 penerima terdiri daripada asnaf, fakir miskin dan mualaf.

Turut hadir, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.