Rabu, 6 Safar 1440 / 17 Oktober 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN (KSK) MAIS EDAR BUBUR LAMBUK DI BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH

SHAH ALAM 24 Mei  -  Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) MAIS telah mengedarkan lebih 500 bungkusan bubur lambuk secara percuma kepada pegawai dan kakitangan yang bertugas di Bangunan Sultan Idris Shah.

Bubur lambuk ini dimasak sendiri oleh urusetia sukarelawan KSK MAIS dengan menggunakan 3 kawah di perkarangan Cafe Bangunan Sultan Idris Shah.

Program pengagihan bubur lambuk ini merupakan salah satu program KSK MAIS sepanjang bulan Ramadhan. Dalam pada itu, Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS telah sudi meluangkan masa untuk turut sama mengedarkan bubur lambuk kepada pegawai dan kakitangan Bangunan Sultan Idris Shah yang terdiri daripada Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah Petaling dan Perbadanan Wakaf Selangor.