Jumaat, 8 Syawal 1439 / 22 Jun 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SULTAN SELANGOR DAERAH HULU SELANGOR

RAWANG 28 MEI - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya serta Perasmian Masjid Di Masjid Ar- Rahmah, Kampung Sungai Buaya.

Pada majlis itu, DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan hari raya berjumlah  RM 236,500 kepada 473 penerima yang terdiri di kalangan asnaf fakir, miskin dan muallaf dengan setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500.

Masjid tersebut telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Selangor dengan nama Masjid Ar- Rahmah. Masjid tersebut juga boleh memuatkan seramai 1,600 orang jemaah dalam satu masa.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali, Pengerusi MAIS, YAD Dato’ Setia Haji Mohamed Khusrin Bin Haji Munawi dan Setiausaha MAIS, Dato’ Bakhtiar Bin Hussin.