Jumaat, 16 Jamadilakhir 1440 / 23 Februari 2019

Berita

SULTAN SELANGOR RASMI MASJID TAMAN TAMING JAYA

SERI KEMBANGAN 29 Mei  -  Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menyempurnakan upacara perasmian Masjid Taman Taming Jaya pada majlis berbuka puasa bersama rakyat.

Baginda menandatangani plak sebagai simbolik perasmian masjid berkenaan. Pembinaan masjid yang menelan kos RM5 juta itu adalah bagi menampung 2500 jemaah di kawasan itu, yang merupakan projek yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Majlis perasmian turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.

Baginda juga turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri sebanyak RM249,000 kepada 498 fakir dan miskin serta saudara baru di daerah ini.