Rabu, 8 Muharram 1440 / 20 September 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SULTAN SELANGOR BERKENAN MELANTIK TIMBALAN PENGERUSI DAN ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR YANG BAHARU

SHAH ALAM 30 Mei  -  Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan melantik Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang baharu iaitu YAD Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir dan Anggota MAIS yang baharu iaitu YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusoff berkuatkuasa mulai 1 Mei 2018 hingga 31 Disember 2020.

Pelantikan ini juga adalah selaras dengan peruntukan undang-undang yang termaktub di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 di bawah seksyen 11 (1)(b) dan seksyen 11 (1) (d) di mana Majlis hendaklah terdiri daripada seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang daripada lapan (8) orang anggota lain, sekurang-kurangnya lima (5) daripada mereka hendaklah arif dalam agama Islam.

Kuasa pelantikan Timbalan Pengerusi dan Anggota MAIS ini juga adalah terletak pada kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor di bawah seksyen 11 (2) enakmen sama yang menerangkan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota-anggota lain yang dilantik di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan atas budi bicara Baginda bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.