Khamis, 6 Zulkaedah 1439 / 19 Julai 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SULTAN SELANGOR BERKENAN BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA DI MASJID RAJA FI SABILILLAH, CYBERJAYA

CYBERJAYA 31 Mei  -  Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya di Masjid Raja Fi Sabilillah. Turut hadir, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.

Pada majlis itu, DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada penerima sumbangan yang terdiri di kalangan asnaf fakir, miskin dan muallaf. Setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500.00.