Selasa, 4 Rabiulawal 1440 / 13 November 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SULTAN SELANGOR RASMI MASJID GOMBAK UTARA

GOMBAK 2 Jun  -  Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan berangkat merasmikan Masjid Gombak Utara, Batu 8 dan berbuka puasa bersama rakyat.

Baginda diiringi oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Sebelum upacara perasmian masjid berkenaan, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan fakir, miskin serta saudara baru.

Masjid Gombak Utara mula digunakan pada tahun 1931 dan tanah asalnya diwakafkan oleh Tuan Haji Tukun Tanggani Kapur .

Pada tahun 2010, Kerajaan Selangor telah meluluskan peruntukan RM6 juta bagi membina masjid baru dan tambahan peruntukan RM3 juta bagi membeli tanah di sebelah bertujuan untuk tapak baharu.

Pada 2018, masjid ini telah siap dibina dan kos pembinaan serta pengubahsuaian menelan belanja RM11 juta.

Turut hadir, YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali, Menteri Besar Selangor, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.