Khamis, 6 Zulkaedah 1439 / 19 Julai 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

RAJA MUDA SELANGOR BERKENAN MERAIKAN ANAK-ANAK YATIM DI RUMAH BAKTI DATO’ HARUN

HULU KLANG 3 Jun  - Raja Muda Selangor,  Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 52 penerima anak yatim Rumah Bakti Dato’ Harun.

Sebanyak RM6,600.00 telah diperuntukkan oleh KDEB Waste Management melalui Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) bagi menyalurkan sumbangan aidilfitri kepada anak-anak yatim dengan setiap penerima sumbangan menerima wang tunai berjumlah RM100 setiap orang.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Tuan Ramli bin Tahir, Pengarah Urusan KDEB Waste Management dan YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS.

Rumah Bakti Dato’ Harun telah dirasmikan oleh DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj pada 5 Mac 1977 yang turut menjadi penaung pada peringkat awal penubuhan rumah itu.