Khamis, 6 Zulkaedah 1439 / 19 Julai 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SULTAN SELANGOR BERKENAN BERBUKA PUASA BERSAMA RAKYAT DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

HULU LANGAT 4 Jun  -  Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor (DYMM), Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berkenan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Al-Azhar, KUIS. Turut hadir, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.

Pada majlis itu, DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan hari raya berjumlah RM118,500 kepada 237 penerima yang terdiri di kalangan asnaf fakir, miskin dan muallaf yang juga merupakan pelajar- pelajar KUIS Setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM500.

KUIS juga merupakan destinasi tumpuan penyerahan sumbangan kepada asnaf setiap kali bulan Ramadhan tiba.