Selasa, 2 Rabiulakhir 1440 / 11 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAIS SUMBANG DANA KEPADA PERTUBUHAN ISLAM BUKAN KERAJAAN (NGO-I)

SHAH ALAM 14 Julai - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi sumbangan bantuan dana sejumlah RM670,000 kepada 45 Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) yang berdaftar di bawah MAIS.

Sumbangan itu disampaikan oleh YAD Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS selepas Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Dana Bantuan NGO-i MAIS bertempat di Hotel De Palma.

YAD Dato’ Haji Emran berkata, sumbangan itu membuktikan pihak MAIS komited membantu NGO-i dalam menjalankan aktiviti dakwah kepada masyarakat terutama di Selangor.

“Diharap NGO-i MAIS dapat memperkasakan matlamat dan objektif serta melaksanakan aktiviti memenuhi syarak juga undang-undang.

 “Sumbangan fasa pertama kepada NGO-i MAIS tahun ini diharap dapat mematuhi piawaian dan kehendak ditetapkan serta menggunakan wang sejajar dengan apa yang dikehendaki,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Persidangan Meja Bulat NGO-i MAIS “Menangani Isu Ancaman Akidah dan Sosial Selangor” serta Penyampaian Dana Bantuan NGO-i MAIS, di sini, hari ini.

Dalam majlis yang sama, MAIS juga turut memberi sumbangan berjumlah RM465,000 kepada 12 Rumah Kebajikan Anak Yatim. Jumlah keseluruhan sumbangan yang diberi oleh MAIS dengan menggunakan peruntukan Asnaf Lembaga Zakat Selangor adalah sebanyak RM1,135,000.00.