Selasa, 9 Zulhijjah 1439 / 21 Ogos 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

JAMUAN RAYA PUSAT INFORMASI ISLAM MAIS

SHAH ALAM 15 Julai – Jamuan Raya Pusat Informasi Islam MAIS telah berlangsung dengan meriah sekali apabila turut dihadiri pengunjung non muslim serta tidak ketinggalan tetamu saudara baru muslim.

Majlis yang bermula jam 3.00 petang hingga 6.00 petang telah diadakan di ruang legar Pusat Informasi Islam MAIS di dalam kawasan Masjid Negeri Shah Alam.

Pelbagai juadah enak disediakan termasuk nasi tomato, sate, lemang, roti jala, nasi impit, kuih muih dan rendang.

Hadir sama Dr. Farid Ravi bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf Negeri Selangor, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Pengerusi MACMA dan Tuan Haji Dr. Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Kesempatan itu turut diambil bagi pihak Pusat Informasi Islam MAIS untuk beramah mesra dengan tetamu yang hadir.