Rabu, 6 Safar 1440 / 17 Oktober 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

LAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

SHAH ALAM 20 Julai –  Seramai 13 orang pegawai Majlis Agama Islam Melaka telah mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bertempat di Bilik Mesyuarat Al- Mukarramah, Bangunan Sultan Idris Shah.

Lawatan ini diketuai oleh Puan Norhalina bt Hamzah Pengurus Baitulmal MAIM bertujuan mendapatkan maklumat berhubung perkhidmatan MAIS di bawah Bahagian Harta Baitulmal meliputi pengurusan Wasiat, Faraid, Wang Tidak Patuh Syariah, Lembaga Zakat Selangor dan Perbadanan Wakaf Selangor.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Turut serta Ustaz Indera Shahril bin Mohd Shahid, Pengurus Harta Baitulmal MAIS. Pelbagai persoalan dan buah fikiran dilontarkan sepanjang sesi perbincangan diadakan dan diharapkan perjumpaan seumpama ini dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara MAIS dan Majlis Agama Islam Melaka.