Jumaat, 16 Jamadilakhir 1440 / 23 Februari 2019

Berita

GERAKAN KESEDARAN WASIAT, HIBAH DAN PUSAKA

SAUJANA PUCHONG 29 Julai - Bahagian Harta Baitulmal, MAIS hari ini mengadakan ceramah dan penjelasan berkaitan Wasiat, Hibah dan Harta Pusaka anjuran Gabungan-gabungan Surau Saujana Puchong.

Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Indera Shahril Bin Mohd Shahid, Pengurus Harta Baitulmal, MAIS. Turut serta juga wakil daripada Bahagian Harta Baitulmal, MAIS yang membuka kaunter penerangan bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh MAIS.

Ceramah ini tujuan memberi penjelasan yang mendalam kepada penduduk sekitar Saujana Puchong berhubung cara pengurusan wasiat, hibah dan harta pusaka yang sebenar dalam syariat Islam.