Selasa, 2 Rabiulakhir 1440 / 11 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PROGRAM BULAN MEMBACA MAIS 2018

SHAH ALAM 1 Ogos   – Pusat Pengetahuan MAIS yang terletak di Wisma MAIS, Seksyen 3 akan menganjurkan program Bulan Membaca MAIS 2018 yang terbuka kepada semua ahli Perpustakaan Wakaf MAIS yang dijadualkan pada 1 Ogos 2018 sehingga 31 Oktober 2018.

Sebanyak 2 kategori pertandingan yang dijalankan iaitu kategori dewasa dan kategori kanak-kanak. Antara jenis pertandingan kategori dewasa adalah Pertandingan Fotografi, Pertandingan Ulasan Buku, Pertandingan Pinjaman Buku Terbanyak, Pertandingan Tulisan Khat, Pertandingan Cari Buku dan Pertandingan Teka Berat dan Jumlah Buku, manakala bagi kategori kanak-kanak adalah Pertandingan Mewarna (7-9 tahun), Pertandingan Puzzle (10-12 tahun), Pertandingan Cari Perkataan (7-9 tahun) dan Pertandingan Cari Perkataan  (10-12 tahun). 

Selain itu, sepanjang bulan membaca MAIS juga turut diadakan program Le Tour De MAIS iaitu terbuka kepada pegawai MAIS yang menjadi ahli perpustakaan sahaja. Program ini merupakan perkhidmatan troli bergerak kepada setiap bahagian di MAIS bagi menggalakkan pinjaman buku kepada setiap pegawai MAIS.

Program Bulan Membaca MAIS 2018 ini telah dirasmikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS, yang dihadiri oleh Pengurus-pengurus bahagian di MAIS. Turut serta dalam majlis perasmian ini ialah En. Mohd Farid bin Baharon, Pengarah Penyelidikan dan Perancangan Strategik MAIS. Bersama-sama ini juga diadakan bersekali majlis perasmian Bulan Sejarah MAIS 2018 yang dikhaskan kepada pegawai MAIS sahaja. 

Pada majlis perasmian ini juga turut diadakan aktiviti perkongsian ilmu ‘Revolusi Industri 4.0: Kesan Kepada Organisasi’ yang disampaikan oleh YBhg. Dr Ahmad Zam Hariro bin Samsudin, Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM. 

Sebarang pertanyaan dan informasi berkaitan Pertandingan Bulan Membaca MAIS 2018 ini bolehlah menghubungi Encik Zharif dan Puan Shahirah di talian 03-55108631 atau bolehlah melayari laman web http://libmais.gov.my atau www.perpustakaanwakaf.blogspot.com.