Rabu, 6 Safar 1440 / 17 Oktober 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAJLIS PENYERAHAN LEMBU KORBAN NEGERI SELANGOR 2018

SHAH ALAM 5 Ogos - Menteri Besar Incorporation (MBI) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengadakan Majlis Penyerahan Lembu Qurban Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor.

Majlis dirasmikan oleh YAB Tuan Amiruddin Bin Shari, Menteri Besar Selangor. Turut hadir dalam majlis ini ialah Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor dan Sahibus Saadah Pengarah JAIS. Selain itu, turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Permodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani serta YB ADUN Sungai Kandis.

Penyerahan sumbangan lembu qurban bagi tahun 2018 ini telah memperuntukkan RM6.4 juta yang melibatkan dana daripada beberapa anak syarikat dan syarikat di bawah Kerajaan Negeri Selangor.