Rabu, 8 Muharram 1440 / 20 September 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PROGRAM PRE AUDITAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 DAN MS 1900:2014 (SYARIAH) MAIS

SHAH ALAM 6 Ogos  - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjalankan Program Pre Auditan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 (Syariah) MAIS di setiap Bahagian MAIS bermula pada 6 Ogos 2018 (Mesyuarat Pembukaan) sehingga 13 Ogos 2018 (Mesyuarat Penutup Audit).

Program Pre Auditan selama seminggu ini sebagai langkah persediaan MAIS bagi menghadapi auditan yang sebenar daripada pihak SIRIM yang akan diadakan pada bulan Oktober 2018.

Antara skop bahagian MAIS yang terlibat dalam program Pre Auditan ini adalah Pengurusan Hartanah, Pendaftaran Muallaf, Pengurusan Aduan Awam dan Perolehan.

Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 (Syariah) MAIS merupakan tanda aras di peringkat antarabangsa untuk sistem pengurusan kualiti dan diberikan oleh International Organisation for Standardisation (ISO). Ia menetapkan keperluan Sistem Pengurusan Kualiti dan menyediakan rangka kerja bagi mewujud, menyimpan dan mengekalkan sistem pengurusan kualiti yang efektif dalam memenuhi kepuasan pelanggan dan keperluan kualiti.

Bagi Mesyuarat Pembukaan Audit dan Mesyuarat Penutup Audit turut dihadiri oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.