Rabu, 8 Muharram 1440 / 20 September 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

101 PENERIMA TERIMA SURAT PELANTIKAN PENDAFTAR SEKOLAH ISLAM NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM 9 Ogos – Seramai 101 orang penerima di kalangan Pendaftar, Timbalan Pendaftar dan Nazir Sekolah Islam Negeri Selangor telah menerima surat pelantikan pendaftar sekolah-sekolah Islam di negeri Selangor.

Daripada 101 penerima, 1 orang adalah Pendaftar, 5 orang penerima adalah Timbalan Pendaftar dan 95 orang penerima di kalangan Nazir Sekolah Islam negeri Selangor. Surat pelantikan disampaikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS diiringi oleh Dato’ Haris bin Kasim, Pengarah JAIS.

Majlis ini merupakan kerjasama antara Bahagian Kawalan Anak Syarikat dan Agensi MAIS, Sektor Pengurusan Korporat MAIS dengan Bahagian Pendidikan JAIS.

Dalam pada itu, pada majlis yang sama turut diadakan Taklimat Bidang Tugas dan Tanggungjawab Pendaftar dan Nazir Sekolah Islam yang disampaikan oleh Cik Nurhani Salwa binti Jamaluddin, Penasihat Undang-Undang MAIS.