Selasa, 4 Rabiulawal 1440 / 13 November 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAIS TERIMA BAYARAN DIVIDEN DARI TERAS

SHAH ALAM 14 Ogos  - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima bayaran dividen daripada Teraju Ekonomi Asnaf Sdn. Bhd (TERAS) iaitu anak syarikat MAIS berjumlah RM16,719.00.

Bayaran dividen tersebut adalah sebanyak 10% berdasarkan keuntungan yang diperolehi oleh TERAS. TERAS telah mencatat keuntungan bagi akaun korporat berdasarkan penyata kewangan TERAS bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017.

Penyampaian sumbangan cek disampaikan oleh Dato’ Ibrahim bin Md Yusof, Pengerusi TERAS kepada Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS.

Sementara itu, pada majlis yang sama, TERAS juga menyerahkan sumbangan wakaf melalui Sahabat Wakaf Korporat berjumlah RM23,834.00.