Selasa, 4 Rabiulawal 1440 / 13 November 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAIS AGIH DAGING KORBAN SEMPENA PROGRAM IBADAH KORBAN

SHAH ALAM 25 Ogos  – MAIS melalui Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) MAIS telah melaksanakan ibadah korban dengan mengadakan Program Ibadah Korban di Bangunan Sultan Idris.

Dalam program ini menyaksikan sebanyak 15 ekor lembu dikorbankan membabitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Mufti Selangor (JMS), Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Jabatan Pendakwaan Negeri Selangor (JAPES) dan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dengan agihan daging diberi kepada warga kerja bangunan Sultan Idris Shah dan orang awam. MAIS juga turut menyumbang 5 ekor kambing kepada anak-anak pegawai MAIS yang layak bagi yang belum membuat majlis akikah mengikut kuota yang ditetapkan. 

Ibadah korban ini dilaksanakan secara gotong royong oleh warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah yang terlibat secara langsung dari segi penyembelihan, pemotongan dan juga agihan daging korban. Ibadah korban ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pegawai-pegawai MAIS dengan warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah.

Melalui program seperti ini, diharapkan warga kerja MAIS dapat menjalankan ibadah korban yang dituntut dalam Islam dengan sempurna. Selain itu, program ini juga dapat mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim dan mewujudkan ukhwah sesama insan di kalangan warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah.

Majlis telah dihadiri Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Haji Haris bin Kasim, Pengarah JAIS dan warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah.