Rabu, 16 Jamadilawal 1440 / 23 Januari 2019

Berita

KUNJUNGAN JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

SHAH ALAM 30 Ogos  – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menerima kunjungan daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang diketuai oleh Dato’ Zamimi bin Awang, Timbalan Akauntan Negara Malaysia.

Dalam kunjungan tersebut, Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah membentangkan Pelan Pembangunan Piawaian Perakaunan Islam Wakaf, Zakat dan Baitulmal.

Kunjungan ini dipengerusikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Turut hadir wakil daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), wakil Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan wakil Jabatan Mufti Selangor (JMS).