Rabu, 8 Muharram 1440 / 20 September 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KURSUS PENGURUSAN BERKUALITI NGO-I (MAIS)

SHAH ALAM 3 September – Seramai 163 orang peserta dikalangan NGO-i (MAIS) telah hadir mengikuti Kursus Pengurusan Berkualiti NGO-i (MAIS) anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Selangor.

Kursus selama sehari ini telah diadakan di Dewan Muktamar, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) bertujuan mewujudkan sistem pengurusan yang lebih kualiti seiring dengan objektif, dasar dan perlembagaan penubuhan pertubuhan NGO-i di samping memberi pendedahan kepada NGO-i (MAIS) supaya mematuhi tatacara pengurusan pertubuhan selari dengan peruntukan Akta Pertubuhan 1966.

Dalam kursus ini, sebanyak 3 slot utama kepada peserta antaranya adalah ‘Pengurusan Pertubuhan Berkualiti’ dan ‘Kod Tadbir Urus Yang Baik’ yang disampaikan oleh Tuan Nurul Azhar bin Hussin, Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Selangor.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan.

Antara NGO-i MAIS yang turut serta dalam kursus ini adalah Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS), Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI).