Selasa, 2 Rabiulakhir 1440 / 11 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KUNJUNGAN AJK TEKNIKAL UNDANG-UNDANG SYARIAH NEGERI PAHANG KE PUSAT PEMURNIAAN AKIDAH BAITUL IMAN

SHAH ALAM 25 September  –  Seramai 20 orang Ahli Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syariah Negeri Pahang telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman baru-baru ini.

Lawatan diketuai oleh YDH Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Haji Wan Hassan, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung operasi keseluruhan Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman di samping berkongsi maklumat berkaitan modul latihan dan mengurus pelatih bagi menangani isu-isu akidah masa kini.

Perbincangan dipengerusikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Riqab Negeri Selangor. Turut hadir Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS dan YAA Tuan Mohamad Adib bin Husain, Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) dan Dr Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Program berakhir dengan lawatan sekitar Baitul Iman. Diharapkan kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak selain dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim antara AJK Teknikal Undang-Undang Syariah Negeri Pahang dengan MAIS.