Selasa, 2 Rabiulakhir 1440 / 11 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN TERIMA KUNJUNGAN JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

SABAK BERNAM 27 September  -  Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan telah menerima kunjungan

daripada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang diketuai oleh Tuan Mohamad Kori bin Jusoh, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

Kunjungan ini disambut mesra oleh Dr Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS serta Ustazah Hafizatul Akmal binti Abd Jalil, Pengurus Pemulihan Riqab bersama       Ustaz Makhi bin Adnan selaku Penguasa Baitul Ehsan.

Lawatan selama setengah hari ini bertujuan mendapatkan maklumat berhubung operasi keseluruhan Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan serta prosedur-prosedur yang berkaitan dalam mentadbir urus sesebuah pusat perlindungan di samping untuk melihat prosedur penempatan dan kaedah-kaedah pemulihan bagi pesalah syariah sepanjang ditempatkan di Pusat. Program berakhir dengan lawatan  di sekitar Baitul Ehsan.